1) INTERNET OF THING (IOT) π±π±
![]() |
| FUNGSI-FUNGSI IOT |
〰 IoT ini dilengkapi dengan perisian, sambungan rangkaian dan keupayaan komputer di mana ketiga-tiga komponen ini membolehkan pengumpulan dan pertukaran data melalui internet serta penyelesaian pelbagai masalah secara automatik. Oleh itu banyak fungsi atau kegunaan IoT ini dalam semua bidang industri. Antara fungsinya ialah IoT membolehkan data dikumpul dengan mudah. Hal ini bermaksud banyak data dapat dikumpul dan keputusan analitik dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat kerana terdapat gambaran yang luas terhadap sesuatu proses.
〰 Dengan adanya teknologi ini kos perbelanjaan juga dapat dijimatkan apabila semua alat kawalan berada di hujung jari. Contohnya, kita dapat melihat sama ada mesin pencuci baju sudah selesai atau belum dari jarak jauh dan sekaligus menutup suis elektrik tersebut.
2) TEKNOLOGI ROBOTIK π€π€
〰 Robotik ini berfungsi dengan membangunkan suatu mesin yang boleh menggantikan manusia dan meniru tindakan manusia. Malah, robot ini juga memiliki kelebihan untuk mengesan masalah yang mungkin tidak dapat dikesan oleh manusia. robot ini sangat membantu dalam kerja-kerja keselamatan. Selain itu, robotik ini juga berfungsi dalam bidang pendidikan. Melalui penggunaan teknologi robotik dalam pendidikan terbukti dapat meningkatkan penguasaan pelajar daripada domain kognitif, afektif dan psikomotor.
〰 Robotik ini juga berfungsi dalam bidang perindustrian kerana teknologi robotik ini mampu menggantikan tenaga manusia untuk melakukan pekerjaan yang bersifat pengulangan dalam sektor pembuatan dan sektor perindustrian
3) TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN ππ
![]() |
| FUNGSI-FUNGSI PENGKOMPUTERAN AWAN |
〰 Pengkomputeran awan ini bermanfaat kepada manusia kerana dapat memudahkan segala perkongsian secara atas talian. Teknologi berfungsi apabila manusia hanya menggunakan internet sebagai tempat menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, data penting, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video.
〰 Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Jadi perkara ini memberikan peluang kepada syarikat besar untuk menggunakannya sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data semasa melakukan pekerjaan atau sesuatu projek tanpa bersemuka tapi masih boleh berinteraksi antara satu sama lain



No comments:
Post a Comment