Friday, April 15, 2022

DEFINISI TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0

 1) INTERNET OF THING (IOT)




✔ Internet of Things (IoT) atau dikenali Internet Pelbagai Benda ialah sebuah sistem di mana pelbagai penderia bersambung Internet untuk pelbagai aplikasi di dunia nyata. Malah, IoT dapat didefinisikan sebagai jaringan atau rangkaian sensor dan penggerak termaju di darat, udara, laut dan angkasa lepas yang dilengkapi dengan perisian, sambungan rangkaian dan keupayaan komputer yang bertujuan untuk menyambungkan data dengan peranti lain melalui internet 

✔ Selain itu, IoT juga bermaksud rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri di mana dapat berkomunikasi dengan mesin atau peranti. Secara mudahnya, segala peranti elektronik dapat berkomunikasi sesama sendiri untuk menganalisa data daripada pelbagai objek dengan adanya rangkaian internet.



2) TEKNOLOGI ROBOTIK




✔ Robotik yang berasal daripada perkataan robot merupakan mesin yang dapat melakukan atau membuat pelbagai pekerjaan manusia di mana robot ini merupakan satu sistem mekanikal yang mempunyai sensors (input), actuators (output) dan dikawal oleh komputer (processor/brain). Jadi, robotik merupakan cabang kejuruteraan yang melibatkan konsep, reka bentuk, pembuatan dan operasi robot yang bertindih dengan bidang elektronik, sains komputer, kecerdasan buatan, mekatronik, nanoteknologi dan bio-teknologi. 

✔ Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin berkembang memberi kesan kepada bidang pekerjaan dan mempengaruhi golongan pekerja. Oleh itu, penggunaan sistem robotik, automasi kilang dan pengawalan berkomputer telah meluas khususnya dalam sektor industri pengeluaran



3) TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN



✔ Pengkomputeran awan ialah sebuah penyampaian perkhidmatan pengkomputeran melalui internet (awan) bagi menawarkan kemampuan untuk berinovasi yang lebih cepat dan sumber yang fleksibel. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan disediakan dalam komputer atau peranti lain seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). 

✔ Jadi, pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet. Contoh aplikasi pengkomputeran awan ialah Google Drive, Dropbox, Mega Cloud dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN



 


No comments:

Post a Comment

APA ITU IR 4.0?

    Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang dilaksanakan akan menjadi panduan kepada Malaysia untuk maju ke hadapan seiring den...