Friday, April 15, 2022

APA ITU IR 4.0?

 

 


Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang dilaksanakan akan menjadi panduan kepada Malaysia untuk maju ke hadapan seiring dengan perkembangan dunia terkini. IR 4.0 bermaksud transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baharu yang menggabungkan alam fizikal, digital dan biologi di mana teknologi ini dapat memberi kesan kepada semua bidang, industri dan ekonomi. Melalui pengenalan dasar ini, daya saing negara akan terus dipertingkat melalui produktiviti dan penerimagunaan teknologi baharu untuk kemajuan industri dalam jangka masa yang panjang.












DEFINISI TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0

 1) INTERNET OF THING (IOT)




✔ Internet of Things (IoT) atau dikenali Internet Pelbagai Benda ialah sebuah sistem di mana pelbagai penderia bersambung Internet untuk pelbagai aplikasi di dunia nyata. Malah, IoT dapat didefinisikan sebagai jaringan atau rangkaian sensor dan penggerak termaju di darat, udara, laut dan angkasa lepas yang dilengkapi dengan perisian, sambungan rangkaian dan keupayaan komputer yang bertujuan untuk menyambungkan data dengan peranti lain melalui internet 

✔ Selain itu, IoT juga bermaksud rangkaian peranti yang mempunyai kecerdasan tersendiri di mana dapat berkomunikasi dengan mesin atau peranti. Secara mudahnya, segala peranti elektronik dapat berkomunikasi sesama sendiri untuk menganalisa data daripada pelbagai objek dengan adanya rangkaian internet.



2) TEKNOLOGI ROBOTIK




✔ Robotik yang berasal daripada perkataan robot merupakan mesin yang dapat melakukan atau membuat pelbagai pekerjaan manusia di mana robot ini merupakan satu sistem mekanikal yang mempunyai sensors (input), actuators (output) dan dikawal oleh komputer (processor/brain). Jadi, robotik merupakan cabang kejuruteraan yang melibatkan konsep, reka bentuk, pembuatan dan operasi robot yang bertindih dengan bidang elektronik, sains komputer, kecerdasan buatan, mekatronik, nanoteknologi dan bio-teknologi. 

✔ Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin berkembang memberi kesan kepada bidang pekerjaan dan mempengaruhi golongan pekerja. Oleh itu, penggunaan sistem robotik, automasi kilang dan pengawalan berkomputer telah meluas khususnya dalam sektor industri pengeluaran



3) TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN



✔ Pengkomputeran awan ialah sebuah penyampaian perkhidmatan pengkomputeran melalui internet (awan) bagi menawarkan kemampuan untuk berinovasi yang lebih cepat dan sumber yang fleksibel. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan disediakan dalam komputer atau peranti lain seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). 

✔ Jadi, pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet. Contoh aplikasi pengkomputeran awan ialah Google Drive, Dropbox, Mega Cloud dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN



 


FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0

 1) INTERNET OF THING (IOT) ðŸ“±ðŸ“±



FUNGSI-FUNGSI IOT 


〰 IoT ini dilengkapi dengan perisian, sambungan rangkaian dan keupayaan komputer di mana ketiga-tiga komponen ini membolehkan pengumpulan dan pertukaran data melalui internet serta penyelesaian pelbagai masalah secara automatik. Oleh itu banyak fungsi atau kegunaan IoT ini dalam semua bidang industri. Antara fungsinya ialah IoT membolehkan data dikumpul dengan mudah. Hal ini bermaksud banyak data dapat dikumpul dan keputusan analitik dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat kerana terdapat gambaran yang luas terhadap sesuatu proses.


〰 Dengan adanya teknologi ini kos perbelanjaan juga dapat dijimatkan apabila semua alat kawalan berada di hujung jari. Contohnya, kita dapat melihat sama ada mesin pencuci baju sudah selesai atau belum dari jarak jauh dan sekaligus menutup suis elektrik tersebut.





2) TEKNOLOGI ROBOTIK ðŸ¤–🤖



FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI ROBOTIK


〰 Robotik ini berfungsi dengan membangunkan suatu mesin yang boleh menggantikan manusia dan meniru tindakan manusia. Malah, robot ini juga memiliki kelebihan untuk mengesan masalah yang mungkin tidak dapat dikesan oleh manusia. robot ini sangat membantu dalam kerja-kerja keselamatan. Selain itu, robotik ini juga berfungsi dalam bidang pendidikan. Melalui penggunaan teknologi robotik dalam pendidikan terbukti dapat meningkatkan penguasaan pelajar daripada domain kognitif, afektif dan psikomotor.


〰 Robotik ini juga berfungsi dalam bidang perindustrian kerana teknologi robotik ini mampu menggantikan tenaga manusia untuk melakukan pekerjaan yang bersifat pengulangan dalam sektor pembuatan dan sektor perindustrian




3) TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN AWAN ðŸ’­ðŸ’­



FUNGSI-FUNGSI PENGKOMPUTERAN AWAN
              

〰 Pengkomputeran awan ini bermanfaat kepada manusia kerana dapat memudahkan segala perkongsian secara atas talian. Teknologi berfungsi apabila manusia hanya menggunakan internet sebagai tempat menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, data penting, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. 

〰 Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Jadi perkara ini memberikan peluang kepada syarikat besar untuk menggunakannya sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data semasa melakukan pekerjaan atau sesuatu projek tanpa bersemuka tapi masih boleh berinteraksi antara satu sama lain

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0

  

1) INTERNET OF THINGS (IOT)

NEGARA-NEGARA YANG MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0

 1) INTERNET OF THINGS (IOT)

➠ AMERIKA SYARIKAT



◍ Penggunaan dron semakin mendapat tempat, terutamanya dalam kalangan penggemar hobi alat kawalan jauh. Di dalam sistem tersebut, dron bertindak sebagai ‘mandur’ di tapak binaan, di mana dron akan mengawasi kesihatan dan keselamatan pekerja melalui video yang dipancarkan daripada kamera yang dipasang pada dron.


➠ MALAYSIA


◍ Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang telah mengadaptasi teknologi ini dalam sistem pembelajaran. Mereka memasukkan elemen IoT dalam penghasilan projek yang memberikan kesan yang menakjubkan seperti projek Smart House, Children Detector, dan banyak lagi.




2) TEKNOLOGI ROBOTIK


➠ MALAYSIA

                      
PEMBEDAHAN TRANSORAL ROBOTIK


 Teknologi robotik digunakan dalam bidang perubatan yang membabitkan pembedahan bahagian pangkal lidah dan leher boleh dijalankan tanpa meninggalkan kesan parut jahitan malah dilakukan dalam tempoh singkat. 


➠ AMERIKA SYARIKAT


◍ Terdapat robot yang direka untuk kanak-kanak di Spektrum Autism iaitu robot Robot BiBli. Robot ini direka untuk membantu kanak-kanak dalam kemahiran sosial autisme dan terlibat dalam bidang perpustakaan.


3) TEKNOLOGI pengkomputeran awan

➠ MALAYSIA




⤏ Pengkomputeran awan digunakan dalam bidang perubatan dan kesihatan di mana teknologi ini digunakan dalam pengimejan perubatan di mana akan memudahkan pengurusan rekod kesihatan pesakit dan imej perubatan daripada pelbagai jenis modaliti pengimejan yang ada di sesebuah pusat perubatan untuk jangka masa panjang.


➠ JEPUN



  Negara Jepun mengaplikasikan servis komputeran awan ini terutamanya dalam bidang bisnes, perniagaan dan kesusahawanan untuk penyimpanan fail dan perkongsian data.


CABARAN-CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 OLEH SEKTOR SWASTA DAN KERAJAAN DI MALAYSIA

 

KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, kehadiran IR 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Walaupun wujudnya pelbagai cabaran, namun masih banyak peluang yang diperoleh oleh kerajaan untuk memastikan revolusi ini berjalan dengan lancar. Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi yang lebih maju dan berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan masyarakat ke arah yang lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga revolusi sebelum ini. Jadi, jelaslah revolusi keempat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan atau landasan pertumbuhan yang mampan dan berdaya saing.

APA ITU IR 4.0?

    Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang dilaksanakan akan menjadi panduan kepada Malaysia untuk maju ke hadapan seiring den...